LAMAN UTAMA » » MENGENAI j-QAF

MENGENAI j-QAF

Ditulis Oleh Unknown Pada 24 Jan 2014 | Jumaat, Januari 24, 2014

Program j-QAF (singkatan kepada Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) merupakan satu pendekatan pembelajaran agama di sekolah di Malaysia. Idea pelaksanaan program J-QAF yang dilontarkan Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 2004 adalah untuk memperkasa sistem pengajaran penduduk Islam di sekolah.



Apa yang diharapkan melalui pelaksanaan program j-QAF ini ialah murid-murid dapat khatam al-Quran pada tahun enam mereka di sekolah rendah, malah lebih awal daripada itu andai semua pihak bekerja keras dan bekerjasama merealisasikannya. Selain itu, diharapkan murid-murid dapat berkomunikasi dalam Bahasa Arab terutama aspek komunikasi mudah seharian.

Pengajaran pemulihan tulisan Jawi dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah seperti permainan, lagu, multimedia dan seumpamanya. Inovasi ini memberikan suntikan semangat untuk anak-anak mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik. PEKELILING IKHTISAS j-QAF (KLIK)

Sementara pengajaran Iqra dan al-Quran melalui Model Enam Bulan Khatam al-Quran dan instrumen latih tubi tasmi' banyak membantu anak-anak mempelajari al-Quran dengan lebih bersistematik. Kaedah pengajaran Baghdadiah dan Iqra pula diadun cantik melalui gaya Talaqqi Musyafahah mengikut kemampuan murid. Sesi tasmi yang dijalankan adalah peluang untuk guru melakukan semakan terhadap perkembangan murid di samping mencatat dan menilainya di dalam buku rekod yang disediakan.

Beberapa program tambahan seperti Kem Literasi al-Quran (KLAQ) dilaksanakan bagi membasmi kadar murid yang lemah penguasaan terhadap pembacaan al-Quran manakala kempen kesedaran tambahan seperti Kempen Smart Salam menyuntik semangat cintakan kepada adab Islami sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari yang mementingkan aspek akhlak dan moral yang terpuji di dalam membangun ummah dengan slogan utama


"j-QAF TANPA GAGAL"


Sila KLIK untuk mengetahui lebih lanjut tentang j-QAF.
(SUMBER: EN. NORAZMAN BIN SAMID : PENOLONG PENGARAH KANAN. OPERASI j-QAF. JABATAN PELAJARAN SELANGOR)

0 comments:

Catat Ulasan

PILIHAN PEMBACA

Selamat Datang Ke Blog Rasmi j-Qaf SK Cheras Indah Selangor

WAKTU SOLAT

HUBUNGI KAMI

SEK. KEB. CHERAS INDAH
JALAN MELATI 4, TAMAN MAJU JAYA
56100, AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03- 03-92836300
FAX: 03-92836300
WEBSITE : http://skci.weebly.com
KOD SEKOLAH: BBA 4040

DI BAWAH PEMANTAUAN :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT
WEBSITE: www.ppdhl.net

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
WEBSITE: http://jpn.moe.gov.my


ARKIB BLOG