LAMAN UTAMA » » UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SKCI SEMPENA PENUBUHAN BLOG j-QAF SK CHERAS INDAH

UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SKCI SEMPENA PENUBUHAN BLOG j-QAF SK CHERAS INDAH

Ditulis Oleh Unknown Pada 24 Jan 2014 | Jumaat, Januari 24, 2014



UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SKCI



Assalamualaikum wbt.
 
Syukur ke hadrat Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rahmat. Segala puji untuknya Tuhan Sekelian Alam, Selawat dan salam untuk Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Saya memanjatkan kesyukuran di atas penghasilan laman blog j-QAF SK Cheras Indah di bawah “tenure” pentadbiran saya ini. Menyedari akan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat yang semakin maju dan pantas berkembang, pihak Panitia Agama Islam dengan sokongan para pentadbir SK Cheras Indah telah mengambil keputusan untuk membina laman blog ini.

Keputusan untuk membina blog ini adalah untuk memastikan jurang teknologi di kalangan warga sekolah terutama di kalangan guru-guru Pendidikan Islam  dalam sekolah agar tidak ketinggalan di dalam arus permodenan ini. Laman blog ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat dan informasi program j-QAF SKCI yang telah dilaksanakan.

Di samping itu juga, laman blog ini turut memberi peluang kepada semua pihak samada PIBG, ibu bapa, penjaga murid, PPD, JPN  ataupun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri untuk  memberikan sebarang maklumbalas kepada pihak sekolah. Insyaallah pihak sekolah akan mengambil tindakan  ke atas semua maklumbalas yang dikemukakan.

Saya selaku Guru Besar di sekolah ini amat menyokong semua aktiviti yang mampu membina inovasi dan kreativiti murid di dalam PDP. Tahniah saya ucapkan kepada semua guru-guru Pendidikan Islam dan juga semua guru-guru j-QAF SK Cheras Indah yang sentiasa membantu dan menyokong segala misi dan visi saya. Dengan adanya langkah seperti ini , saya lebih yakin SK Cheras Indah pasti akan menjadi sekolah yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Akhir kata, saya berharap laman blog ini akan menjadi satu titik tolak ke arah kecemerlangan j-QAf SK Cheras Indah. Dan juga perkembangan positif dunia ICT di sekolah ini.

Sekian,Wassalam

Yang benar
MAIZAN BINTI HASHIM
Guru Besar SKCI




0 comments:

Catat Ulasan

PILIHAN PEMBACA

Selamat Datang Ke Blog Rasmi j-Qaf SK Cheras Indah Selangor

WAKTU SOLAT

HUBUNGI KAMI

SEK. KEB. CHERAS INDAH
JALAN MELATI 4, TAMAN MAJU JAYA
56100, AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03- 03-92836300
FAX: 03-92836300
WEBSITE : http://skci.weebly.com
KOD SEKOLAH: BBA 4040

DI BAWAH PEMANTAUAN :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT
WEBSITE: www.ppdhl.net

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
WEBSITE: http://jpn.moe.gov.my


ARKIB BLOG