PANDUAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT
1. PENDAHULUAN
1. PENDAHULUAN
Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Kem Bestari Solat dan cara pelaksanaannya.
2. TAKRIF
2. TAKRIF
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khusus mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
3. OBJEKTIF
3. OBJEKTIF
- Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.
- Murid dapat mengusai perkara wuduk dan cara melaksanakannya
- Murid dapat mengetahui rukun solat “fi’li” dan “qauli” serta cara melaksanakannya.
- Murid dapat menyatakan perbezaan antara muafik dan masbuk.
- Menghafaz niat solat Fardhu lima waktu.
- Murid dapat melafaz bacaan Tahiyat Awal dan Akhir dengan betul dan lancar.
- Murid dapat membaca dan menghafaz surah-surah tambahan (selain al-Fatihah) dengan baik.
- Murid dapat melafazkan bacaan Doa Qunut dengan betul dan lancar.
- Murid dapat melafazkan bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
- Murid dapat menyatakan pengertian bacaan-bacaan pendek dalam solat.
- Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat.
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
- Dapat menyatakan niat, cara dan syarat bertayammum
- Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna.
- Murid dapat melafazkan Azan dan Iqamah dengan betul.
- Dapat melakukan solat Jenazah serta menguasai bacaan di dalamnya.
- Melakukan Sujud Sahwi dan menguasai bacaan di dalamnya.
4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid beragama Islam Tahun 1 hingga 6
5. STRATEGI PELAKSANAAN
5. STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Pihak pengurusan sekolah bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut :
5.1.1 Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.
5.1.2 Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat.
5.1.3 Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat.
5.1.4 Menentukan guru yang akan berperanan sebagai pembimbing/fasilitator.
5.1.5 Pihak sekolah telah memutuskan untuk melaksanakan program Bestari Solat secara “runcit” (mingguan) bagi membantu murid mengingati cara amali dan bacaan di dalam solat dengan lebih berkesan.

5.2 Memberi taklimat kepada guru pembimbing / fasilitator berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kem Bestari Solat Tahun Empat yang telah ditetapkan.
5.3 Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu Pengajaran & Pembelajaran (P&P) sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
5.4 Kem ini dilaksanakan 40 jam bagi setiap murid.
5.5 Soal selidik pra (sebelum) dan pasca (selepas) dan proses merekod pencapaian murid Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

5.6 Murid-murid yang dikenalpasti belum menguasai kemahiran hendaklah diambil tindakan susulan semasa P & P Ulum Syariah.
5.7 Merekodkan pencapaian murid dan melaporkan kepada penyelaras kem, ibu bapa/ penjaga, Ketua Panitia, Guru Besar dan JPN.
5.13.1 Borang Catatan Pelaksanaan Solat hendaklah diedarkan kepada murid untuk dicatat amalan solat harian selama 30 hari selepas setiap kem dijalankan.
5.13.2 Ibu bapa/penjaga mengesahkan catatan murid di ruangan yang disediakan
PENUTUP

Kem Bestari Solat Program j-QAF untuk murid-murid Islam Tahun Empat merupakan lanjutan daripada pelaksanaan kem sebelumnya. Kem ini perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mencapai matlamat Program j-QAF. Pelaksanaan elemen Bestari Solat dalam waktu P&P Ulum Syariah diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan murid untuk menunaikan solat sebagai satu tuntutan dalam syariat Islam.
0 comments:
Catat Ulasan