LAMAN UTAMA » » PENGURUSAN PROGRAM j-QAF PEMULIHAN JAWI

PENGURUSAN PROGRAM j-QAF PEMULIHAN JAWI

Ditulis Oleh Unknown Pada 27 Jan 2014 | Isnin, Januari 27, 2014

PENGURUSAN PROGRAM j-QAF PEMULIHAN JAWI


1.PENGENALAN

Pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dalamsistem pendidikan negara. Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Dengan itu satu langkah untuk memperkasakan tulisan jawi telah dilaksanakan melalui Program j-QAF dengan mengadakan kelas jawi.


Pemulihan jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna. Kaedah yang sesuai bagi murid-murid pemulihan ini dimulai dengan proses mengenal sesuatu benda atau huruf. 

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa Nabi Allah Adam as. telah diperkenalkan nama-nama alam oleh Allah swt melalui wahyu-Nya (2:31) Dalam konteks pendidikan, kemahiran mengenal amatlah perlu dilalui oleh setiap murid, apatah lagi murid-murid yang lemah. Dalam proses ini, seorang guru harus berhati-hati supaya daya mutu murid-murid pemulihan ini dapat dibentuk dengan teratur dan tersusun. 

Apabila proses mengenal ini telah dapat dikuasai oleh mereka, barulah diajar membaca huruf jawi tunggal, suku kata dan rangkai suku kata yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Apabila tahap mengenal dan membaca dapat dikuasai, barulah guru mengajar kemahiran menulis dari huruf tunggal, suku kata dan rangkai kata. 

Dengan cara demikian murid-murid pemulihan akan dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis tulisan jawi dengan sempurna. Sekali gus terbentuklah perubahan tingkah-laku kognitif, afektif dan psikomotor murid dengan lebih berkesan. Bagi mencapai hasrat ini, Program j-QAF telah memperkenalkan Modul Pemulihan Jawi di sekolah rendah. 

Modul ini adalah untuk memulihkan murid-murid yang lemah dalam jawi mengatasi masalah keciciran penguasaan jawi di sekolah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka ketinggalan dalam menguasai kemahiran jawi. Oleh itu mereka diberi pendedahan melalui pemulihan jawi, supaya masalah ini dapat diatasi.

2. KONSEP

Program Pemulihan Jawi adalah satu usaha mengatasi masalah keciciran pembelajaran dan kemahiran murid dalam tulisan jawi. Ia diajar oleh guru yang dilatih khas di bawah Program j-QAF. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengikut modul jawi yang disediakan oleh BPI dan BPK. Kelas Pemulihan ini dijalankan serentak dengan jadual waktu mata pelajaran jawi di sekolah.

3. SKOP

Modul Pemulihan Jawi ini memberi memberi tumpuan kepadaaspek pemulihan yang merangkumi perkara berikut :
3.1 Menguasai huruf jawi tunggal dan suku kata.
3.2 Menulis tulisan jawi dengan baik.
3.3 Membaca tulisan jawi dengan lancar.
3.4 Mempelajari asas seni tulisan jawi.



1 comments:

  1. The casino is no longer gambling at the - DrmCD
    The 전주 출장샵 casino is no longer gambling at the state level. The casino is 삼척 출장마사지 no longer gambling 김포 출장안마 at the state level. The casino is no 인천광역 출장안마 longer gambling at 경주 출장샵

    BalasPadam

PILIHAN PEMBACA

Selamat Datang Ke Blog Rasmi j-Qaf SK Cheras Indah Selangor

WAKTU SOLAT

HUBUNGI KAMI

SEK. KEB. CHERAS INDAH
JALAN MELATI 4, TAMAN MAJU JAYA
56100, AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03- 03-92836300
FAX: 03-92836300
WEBSITE : http://skci.weebly.com
KOD SEKOLAH: BBA 4040

DI BAWAH PEMANTAUAN :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT
WEBSITE: www.ppdhl.net

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
WEBSITE: http://jpn.moe.gov.my


ARKIB BLOG