SISTEM PEMARKAHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR
PENCERAMAH : PN. SALMAH BT. SALLEH ( KETUA HAKIM -SK. TAMAN MUDA)
___________________________________________________________________________
ACARA NASYID
Penyertaan:
- Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah tahun 1-6.
- Setiap sekolah menghantar 1 kumpulan sahaja yang terdiri daripada 9 orang satu jantina sahaja.
Lagu:
- Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan 2 buah lagu.
- Lagu pertama:Tradisional dan mengikut tema (Ciri-ciri Qasidah “jawabul jawab"adalah digalakkan) Ciptaan baru dan asal dan mengikut tema semasa
- Lagu kedua: Lagu bebas,ciptaan baru dan asal,Kontemporari tetapi mengikut “Syllabus” pembelajaran PAI tahun 1-6. (Lagu-lagu yang bukan berunsurkan nasyid tidak dibenarkan).
- Boleh menggunakan lirik B.Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab tetapi mesti diterjemahkan sekali di dalam lagu tersebut.
- Lirik tidak boleh sentuh isu sensitif.
- Kualiti lagu mesti ada kembangan isi.dan isunya tidak perlu terlalu besar, contoh “syarat sah solat” berkisar tentang itu sahaja dan ada kembangan isi tentang perkara “sah solat”.
Persembahan
- Masa akan dikira sebaik sahaja ketukan pertama pemain percussion untuk peserta naik ke pentas hinggalah peserta turun daripada pentas. (Salah naik potong markah, betul naik tiada markah).
- Setiap pergerakan hendaklah sederhana.
- Tangan tidak boleh terlalu tinggi , pergerakkan kaki juga tak boleh terlalu luas, setiap pergerakan adalah sederhana.
- Setiap ahli kumpulan dilarang memperkenalkan identiti ahli kumpulan.(beri salam dan terus mulakan nasyid).
- Tidak digalakkan goyang kaki, sopan gerak seperti gerakan di dalam solat sahaja.
- Setiap peserta mesti menghayati senikata lagu
- Pergerakan seiring dan yakin, ada “eye contact” dan juga senyuman
- Ayat al-Quran dan maksudnya tidak boleh dilagukan sebaliknya boleh ditarannumkan sahaja.
- Solo seorang sahaja untuk satiap satu lagu.
- Peserta nasyid mesti berdiri, manakala pemain perkusi boleh duduk.
- Markah persembahan paling banyak mempengaruhi markah keseluruhan acara nasyid.
Masa: 15 minit untuk kedua-dua buah lagu
Markah dipotong jika kurang 12 minit atau lebih 15 minit (lebih saat-saat sahaja boleh diterima).
Alatan Perkusi:
- Setiap kumpulan boleh membawa sebanyak mana alatan yang diinginkan tetapi setiap alat yang dibawa mesti dimainkan (Markah akan ditolak jika ada alatan yang tidak dimainkan).
- Semua alatan yang tidak bertali dan juga, piano atau yang seakan dengannya.
- Pemain perkusi perempuan tidak boleh mengepit alatan di celah kelangkang (tidak sopan)sebaliknya peserta lelaki dibolehkan.
- Minus one tidak dibenarkan sama sekali begitu juga menggunakan kesan bunyi dari mulut.
- Alatan yang digunakan bersesuaian dengan lagu akan mendapat markah bonus.
- Tidak digalakkan menggunakan kompang (kerana kesan bunyi kompang selalunya lebih kuat dari suara peserta).
Pakaian Perempuan
- Menutup aurat & sopan. (tudung menutupi dada)
- Pakai baju mengikut set pakaian yang betul dan tidak menampak susuk tubuh
- Baju kosong seragam warnanya, tidak lebih dari 2 warna.Sulaman tidak terlalu “crowded”.
- Baju kurung moden tidak digalakkan, dan Pemakaian jubah dan vest tidak dibenarkan sama sekali.
- Mesti berkasut (tidak boleh nampak jari kaki).
- Hiasan aksesori tidak lebih dari 3 barang.
- Make-up sederhana sahaja
Pakaian Lelaki
- Berpakaian baju melayu mengikut set pemakaian negeri yang betul.
- Bersongkok hitam.
- Pemakaian butang baju mesti lengkap dari atas ke bawah.
- Jubah dan baju Raihan tidak dibenarkan.
- Menggunakan hanya 1 aksesori di songkok sahaja.
- Ikatan samping “jongket” ala P-Ramlee tidak dibenarkan.
Pemarkahan acara nasyid:
Bil
|
Perkara untuk satu lagu
nasyid
|
Markah
|
Suara
|
40 markah
|
|
Lagu
|
30 markah
|
|
Lirik
|
20 markah
|
|
Persembahan
|
10 markah
|
|
Jumlah
|
100
|
KOMPANG SELAWAT
Penyertaan:
- Terdiri dari satu jantina sahaja seramai-12-15 orang
- Kesemua ahli mesti memalu kompang
- Paluan menggunakan tangan sahaja, tidak boleh bersarung tangan
- Gubahan sekurang-kurangnya 2 bentuk (melalu, meningkah atau menganak)
- Pergerakan keterlaluan,agresif , akrobatik , berlari, melompat atau keluar kawasan yang ditetapkan- tidak dibenarkan
- Formasi pembukaan dan penutup yang tidak berkaitan –tidak dibenarkan
- Backdrop tambahan tidak dibenarkan.
- Saiz kompang: 25cm-38cm (kompang biasa sahaja)-terlalu besar, terlalu kecil atau berkerincing tidak dibenarkan.
Lagu:
- Dua lagu diperlukan (1 lagu selawat dan 1 lagu nasyid bebas yang boleh dicopy daripada mana-mana nasyid semasa yang bertemakan daripada sylibus pendidikan Islam.
- Antara lagu pertama dan kedua mesti ada senggangan dalam bentuk paluan dan gerakan tanpa lagu sahaja , jika peserta berhenti terus antara kedua lagu itu maka markah akan dipotong.
Pakaian:
- Mesti seragam , syarat sama seperti peserta nasyid.
Masa:
- 8 hingga 10 minit (kurang 8 atau lebih 10 minit akan dipotong markah)
- Masa dikira ula sebaik peserta masuk ke kawasan persembahan berkun.
Pemarkahan Kompang Selawat
Bil
|
Perkara
|
Markah
|
1
|
Paluan
|
35
|
2
|
Formasi
|
30
|
3
|
Suara
|
20
|
4
|
Lagu
|
15
|
Jumlah
|
100
|
TILAWAH
- Sekurang-kurangnya 3 buah lagu, pembukaan dan penutup lagunya mesti sama.
- Markah akan dipotong untuk kesalahan yang diulang sebanyak 2 kali
- Fasohah: yang lancar dan tidak tersekat-sekat.
- Tajwid: Kesalahan maksimum 2 markah sahaja dipotong untuk kesalahan yang sama.
HAFAZAN
- Mesti lancar hafazan surah al-Fatihah (potong markah jika tidak lancar dan tiada markah bagi yang lancar)
- Ada masa untuk menghafaz surah selama 10 minit.
- Setiap kelompok mesti ada ayat pendek, sederhana dan panjang.
- Bonus akan diberi kepada peserta yang membaca dengan tarannum yang berbeza bagi setiap surah yang dihafaz.
BERCERITA
Isi Cerita :
- Sekurang-kurangnya mempunyai 4 isi (Jika 5 isi dikira bonus)
- Setiap isi mesti ada huraian, pengajaran , isu semasa, ayat. Maksud dan sumber rujukan ayat.
- Bahasa yang lembut, jelas serta mudah difahami seorang kanak-kanak.
- Tidak boleh menggunakan istilah kasar, contoh: “Cis…bedebah..kahkah…ha..ha..”
- Cakap ajuk dan pindah digalakkan serta cakap ajuk dan pindah ini boleh menggunakan Bahasa Arab atau bahasa inggeris tanpa perlu diterjemahkan.
- Mesti ada rumusan
- Teks mesti dihafaz dan difahami murid (kerana ada soalan spontan selepas itu mengenai cerita tersebut).
- Sesi cerita mesti dibuka dengan lafaz “Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh..sebelum ayat yang selanjutnya dan diakhiri dengan “sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” tanpa disambung apa-apa ayat lagi.
- Nasyid, syair ,gurindam dan pantun yang liriknya ciptaan sendiri boleh diselitkan di dalam isi huraian malah boleh diselitkan semasa rumusan juga ( ada markah bonus).
Persembahan Cerita:
- Kelancaran, sebutan mesti betul.
- Nada dan gaya, penghayatan, body language. Eye contact
- Kesopanan pakaian dan gerakan dalam dimensi sahaja (tidak bergerak keterlaluan) contoh: duduk, baring, lompat.tidak mengangkat tangan sampai terangkat bawah lengan
- Tidak membelakangi penonton
- Tangan lurus ke bawah atau bergerak kehadapan sahaja , tidak boleh ke belakang (dianggap gaya sombong).
- Peserta mestilah berkeyakinan diri terutama semasa menjawab soalan spontan.
- Boleh membuat suara ajuk, tetapi jangan membuat suara ajuk utk percakapan rasulullah atau Allah.
- Lengkapkan satu ayat dalam satu nafas tanpa tersekat-sekat (walaupun untuk menelan air liur, mesti habiskan ayat terlebih dahulu). Jangan biarkan ayat tergantung.
Soalan Spontan:
- Masa: 3 minit ( 1 minit persediaan, 2 minit untuk menjawab)
- Loceng pertama dibunyi (tanda persediaan )
- Loceng kedua dibunyi (tanda masa untuk menjawab)
- Soalan yang dikemukakan hanya sekali sahaja, namun peserta boleh meminta untuk diulang soalan sekali sahaja lagi,mintalah dengan beradab .
- Peserta disarankan untuk memberi salam terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang dikemukakan
Contoh soalan spontan:
Soalan:
Pengajaran daripada kisah nabi yusuf dan zulaikha ialah berikir, apakah kebaikan berzikir kepada kita?
Jawapan:
Zikir amat dituntut dalam islam
Kelebihan berzikir ialah hati kita akan merasa tenang
Huraian: Zikir juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah
Contoh : Apabila saya ada masalah, saya akan berizikir untuk menenangkan hati saya.
Zikir untuk menjauhi larangan Allah.
Huraian: Zikir dapat menghindarkan diri dari perbuatan maksiat.
Contoh: Apabila berzikir saya tidak akan meninggalkan solat.
Pemarkahan
bercerita
Bil
|
Perkara
|
Markah
|
1
|
Isi
|
4
|
2
|
Penyampaian
|
4
|
3
|
Bahasa
|
2
|
0 comments:
Catat Ulasan